10 Teknik Mudah Untuk Boost Skill Coaching Anda

Tips yang saya kongsikan ini diambil daripada laman web International Coach Federation. Rujuk pautan di akhir artikel untuk melihat artikel asal.

1. “WHAT ELSE”

Jadikan habit untuk anda selalu bertanya klien anda soalan “APA LAGI?”. Jangan terkejut kalau anda dapati klien anda akan keluar dengan pelbagai idea, pendapat, dan pemikiran kreatif.

2. “TELL ME MORE”

Sekiranya klien anda berkongsi dengan anda sesuatu yang membuat anda lebih ingin tahu, minta klien untuk ceritakan lagi tentang topik tersebut. Coach perlu lebih banyak mendengar. Kurangkan membebel.

3. Banyakkan pause

Lagi lama anda pause, akan memberikan lebih power kepada soalan yang anda berikan kepada klien. Belajar bagaimana untuk pause dengan lebih berstrategi.

4. Maklumbalas Bertenaga atau “ENERGY FEEDBACK”

Bilamana anda dapati klien anda bercakap dengan nada yang lebih kuat, bersemangat dan bertenaga, cuba anda hentikan sebentar percakapannya, dan puji mereka atas perkara tersebut.

Nampak kecil, tapi ia memberikan renjatan positif dan akan memandu mereka lebih jauh ke hadapan.

5. 3P 3P

Klien anda buntu tak tahu nak buat apa? Jangan bagi mereka jawapan mudah. Minta mereka kenalpasti 3 Pakar untuk mereka jumpa, dan dapatkan 5 Point penting untuk dikongsi dengan anda pada sesi seterusnya.

6. Tugasan

Klien anda buntu lagi? Stick dengan prinsip coaching. Jangan menyerah dengan memberi jawapan mudah. Bagi assignment pada klien anda. Biar mereka cari dan jumpa sendiri jawapan tersebut.

7. Tanya 5 perkara

Sekiranya klien anda buntu dan ketandusan idea, minta sahaja mereka keluarkan juga 5 idea atau senarai tindakan, tak kiralah samada ia idea yang tidak signifikan atau mungkin salah. Anda akan dapati idea yang ke-4 atau yang ke-5 mungkin boleh digunapakai.

8. Bayangkan Tiada Halangan

Sekiranya klien anda tersekat dengan halangan-halangan tertentu, katakan pada mereka, bayangkan sekiranya halangan tersebut tiada, apa yang akan mereka lakukan untuk terus ke depan?

9. Nyatakan Dalam Kuantiti

Bantu klien anda berfikir dengan lebih jelas dengan memberikan skala kepada soalan-soalan anda. Sebagai contoh, “Dari 1 hingga 10 nyatakan kadar motivasi anda hari ini”. Susuli dengan pertanyaan seperti “Kalau awak nak naikkan motivasi dari 6 ke 8, apa yang perlu anda lakukan?”

10. Akhiri Dengan Bertanya Noktah Penting

Sebelum mengakhiri sesi, tanya klien anda, “Apakah noktah penting yang anda dapati sepanjang perbincangan ini?”. Ini membantu mereka merumuskan apakah noktah penting dan kunci point yang mereka perolehi dalam sesi ini. Ia juga memberikan ending positif dalam sesi coaching anda.

 

Sumber: Coach Federation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *