5 Tips Agar Coaching Anda Menjadi Lebih Efektif (Bahagian 1)

Kunci kepada klien yang self-motivated adalah coaching yang efektif. Pada peringkat permulaan, ia akan mengambil sedikit masa. Lebih baik “ajar orang tangkap ikan” berbanding “tangkap ikan dan beri pada orang”. Walaupun mungkin akan mengambil masa yang lebih lama, tapi hasil akhirnya adalah amat berbaloi.

Ikuti 5 langkah ini untuk menjadikan proses coaching dan proses maklumbalas anda lebih efektif.

1. Jelas Apa Yang Anda Mahu Capai Di Dalam Minda Anda

Sebelum anda memberikan tugasan baharu kepada klien anda, anda perlu jelas, DALAM MINDA ANDA, apa yang anda mahu mereka capai. Fokuskan dan bayangkan bagaimana bentuk hasil akhir itu berbanding proses untuk anda ke sana. Fikir big picture. Sekiranya anda mampu jelaskan matlamat ini kepada klien anda, anda akan mendapat buy-in daripada mereka, dan ia membuktikan perkara tersebut cukup jelas dalam minda anda. Next!

2. Tetapkan Matlamat Bersama Klien Anda

Bincang apa yang kamu mahu capai bersama-sama. Jangan paksakan matlamat peribadi anda kepada klien. Biar mereka jelas dengan harapan kita sebagai coach. Letakkan kriteria-kriteria yang perlu ada untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Adakah matlamat tersebut pernah dicapai oleh klien lain? Sekiranya ada anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada mereka.

3. Buat roadmap bagi mencapai matlamat termasuk milestone

Bincang garis masa projek dengan klien. Tetapkan milestone ke arah matlamat. Tetapkan pertemuan-pertemuan susulan untuk melakukan evaluasi bagaimana status klien anda berbanding milestone yang telah ditetapkan. Sentuh tentang tarikh akhir (deadline) dan ingatkan semula klien anda agar mereka dapat komit dengan perkara tersebut.

4. Berikan Maklum Balas

Dalam pertemuan-pertemuan berkala untuk menyemak progress klien, biarkan mereka tanya soalan-soalan pada anda berkenaan progress mereka. Puji  perkara-perkara yang positif, dan berikan cadangan sekiranya anda merasakan mereka perlukan lebih panduan.

5. Pertemuan Evaluasi Akhir

Apabila sesi dengan klien menghampiri penghujung, lihat semula matlamat, milestone, dan progress secara menyeluruh. Bincang apa yang menjadi, apa yang perlu diperbaiki. Jangan lupa juga untuk meraikan kejayaan yang dicapai, dan berikan ganjaran atas pencapaian mereka. Pengukuhan positif (positive reinforcement) ini akan menjadikan usaha keras sepanjang tempoh coaching menjadi bernilai kepada klien anda dan akan menggalakkan mereka untuk terus ke hadapan.

Sumber: http://www.insperity.com/blog/coaching-employees-5-steps-to-making-it-more-effective/

Bahagian seterusnya akan menyusul selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *