Coaching Berpaksikan Prestasi (Performance Coaching)

Nasihat-nasihat berkaitan coaching dalam panduan ini diambil daripada pengalaman bekerja bersama Sir John Whitemore, seorang yang pakar dalam Performance Coaching merangkap penulis buku bestseller bertajuk Coaching For Performance.

Kita cuba dulu untuk fahamkan tentang Performance Coaching.

Ada beberapa perkara yang perlu kita lihat untuk memahami Performance Coaching.

  1. Performance Coaching adalah satu bidang yang agak baharu.
  2. Sepanjang 20 tahun kebelakangan ini, performance coaching menjadi semakin popular. 80 peratus organisasi di UK telah melabur dalam coaching.
  3. Sehingga kini masih tiada definisi tetap tentang Performance Coaching.
  4. Antara definisi pilihan saya berkenaan Coaching adalah daripada Tim Gallwey, “Coaching adalah mencungkil potensi seseorang agar dapat memaksimakan prestasi. Kita bantu mereka memahami kaedah mempelajari sesuatu berbanding kita hanya mengajar mereka perkara yang mereka mahu pelajari.”
  5. Jangan campur adukkan antara coaching dengan kaunselling. Coaching berkait dengan kerja, bersifat proaktif dan fokus lebih kepada aspek kesedaran. Kaunseling adalah perkara yang lain. Ia tidak berkait dengan kerja, bersifat reaktif, dan berkait dengan kepercayaan teras (core belief) seseorang. Sebaiknya elakkan daripada mencampurkan antara keduanya.
  6. Steve Berglas, dalam artikel beliau The Very Real Dangers of Executive Coaching (Harvard Business Review) menyatakan banyak coach yang mempraktikkan bentuk coaching yang lebih berat kepada psikoterapi.
  7. Sekiranya klien anda mengalami masalah yang khusus perlu diselesaikan oleh pakar atau profesional, elakkan dari cuba untuk selesaikan sendiri dan panggillah orang yang lebih berkepakaran untuk menyelesaikannya.
  8. Performance Coaching bermakna coach mencungkil bakat dan potensi prestasi masa depan berbanding menilai prestasi semasa. Ia berdasarkan kepercayaan bahawa individu mahu dan boleh melakukan yang terbaik. Jika anda tak percaya akan perkara ini, coaching mungkin tidak sesuai untuk anda.
  9. Performance Coaching bukanlah segalanya tentang mencapai objektif-objektif tertentu yang berkait dengan prestasi individu, akan tetapi juga pada aspek teknik untuk menghapuskan halangan yang menghalang individu daripada mencapai matlamat yang mereka nak capai.
  10. Performance Coaching juga baik jika dilihat sebagai cara mengurus berbanding dilihat sebagai alat. Ia boleh digunakan dalam aspek merancang, delegasi, atau penyelesaian masalah. Ini membentuk cara anda melihat orang lain dengan lebih baik, dan akhirnya anda akan melayan mereka dengan lebih baik juga.
  11. Terdapat banyak kaedah atau cara untuk melaksanakan Performance Coaching. Cara yang baik akan membantu coach memudahkan proses pembelajaran. Antara teknik utama yang boleh dipraktikkan adalah teknik bertanya dan mendengar secara aktif.
  12. Semua orang boleh menjadi coach. Ia adalah satu kemahiran yang hanya memerlukan masa dan usaha berterusan sekiranya anda ingin memperolehinya. Belajar untuk coaching adalah mudah sebenarnya.
  13. Kebanyakan syarikat pada hari ini melabur dalam coaching untuk memperbaiki prestasi individu atau staf terhadap syarikat. Namun begitu, ramai yang semakin menyedari bahawa dengan memberikan fokus kepada perkembangan individu tersebut sendiri, ia akan memberi lebih impak kepada prestasi keseluruhan syarikat.
  14. Tiada satu cara yang paling betul untuk mengukur ROI coaching sesebuah syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *